Buku terbesar mengenai alam terbentang luas di hadapan mata kita... dan ia tertulis dalam bahasa matematik - Galileo
Showing posts with label ANUGERAHMU. Show all posts
Showing posts with label ANUGERAHMU. Show all posts

Monday, December 30, 2013

Sebarkan Kasih Sayang demi Fisabilillah

 
JOM MENDERMA DARAH...JIHAD KECIL DALAM MENYEBARKAN KASIH SAYANG ALLAH


Rahmat  dan RahimNya tak pernah terbatas dek kerana batasan waktu atau dek kerana kejauhan mata memdang..Andai Dia menghendaki, segalanya pasti. Rahmat Allah tak pernah bertepi.Kasih sayangNya kepada Umat yang sentiasa derhaka dan berdosa tak pernah bernoktah.

Tarima kasih Tuhan..di terbatasan waktu menempuh hidup yang penuh pancaroba dan berliku, Kau beri kesempatan ke atas diriku, berkongsi sedikit anugerahMu kepada insan yang amat memerlukan...Biarlah darah yang mengalir ini menjadi simbol jalinan ukhwah di antara kami..Moga denyut nadinya, degup jantungnya mengalir darah ku penuh tasbih kepadaMu.

Terima kasih Tuhan kerana memberi aku kesihatan agar dapat berkongsi nikmatMu dengan insan yang lain..Beri aku kesempatan untuk terus berjihat di jalanMu..Beri aku kesempatan untuk terus menyebarkan kasih sayangMu...Beri aku kesempatan untuk terus mengucapkan tasbih kepadaMu..RahmatMu tak pernah bertepi...Sinarnya terus menerangi hati..KasihMu melemaskan aku dalam dakapan cinta mengejar cintaMu.

Ya Tuhanku, walau siapa dia..walau apa agamanya..kau sinarkanlah sinar islam di hatinya..Kau bajai sinar iman di dadanya..agar jihatku yang sekelumit ini takkan sia-sia...Semoga darah yang mengalir ini akan terus bertasbih dan bertahmid memuji kebesaranMu.

Janji Allah itu pasti..Adam di temukan dengan Hawanya walau telah terpisah jauh beribu batu....aku bakal mendermakan darahku pada penerima ...nun jauh di Limbang sana..entah siapa..entah bagaimana keadaannya..semoga jihatku yang kecil ini akan dapat membantu dia terus mencari dan mengenal keindahan pencipta..

Dia penghidap talasemia yang pasti telah lama menderita...besar dugaanMu padanya. Pasti dia insan yang istimewa. Ya Tuhanku, kau berikalah kesihatan yang baik kepadanya......walau kami tak pernah bersua muka..semoga ukhuwah ini terjalin selamanya...

Sunday, December 29, 2013

Disebalik Nama

NOOR FAIZAH
NNaif
OOportunis
OOportunis
RRamah
FFleksibel
AAmanah
IIkhlas
ZZuhud
AAlim
HHarum
Apa ada pada nama?

NOOR FAIZAH BINTI ZOHARDIN = CAHAYA KEJAYAAN -KEGERMELAPAN AGAMA

Seindah nama yang diberi oleh kedua ayahda dan bonda . Semoga nama yang dianugerahkan mampu membentuk peribadi yang baik.

Wednesday, November 16, 2011

DOA QUNUT

 
اللَّهُمَّ اهْدِنِي فِيْمَنْ هَدَيْتَ ، وَعَاْفِنِي فِيْمَنْ عَافَيْتَ ، وَتَوَلَّنِيْ فِيْمَنْ تَوَلَّيْتَ ، وَبَارِكْ لِي فِيْمَا أَعْطَيْتَ ، وَقِنِي شَرَّ مَا قَضَيْتَ ، فَإِنَّكَ تَقْضِيْ وَلاَ يُقْضَىعَلَيْكَ ، فَإِنَّهُ لاَ يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ ، وَلاَ يَعِزُّ مَنْ عَادَيْتَ تَبَارَكْتَ رَبَّناَ وَتعَالَيْتَ , فَلَكَ الْحَمْدُ وَلَكَ الشُّكْرُ عَلَى مَا قَضَيْتَ , فَنَسْتَغْفِرُكَ وَنَتُوْبُ إِلَيْكَ , وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّم


  ” Ya Allah tunjukkan aku sebagaimana mereka yang telah Engkau tunjukk.
” Berikan kesihatan kepadaku sebagaimana mereka yang telah Engkau berikan kesihatan
” Dan peliharalah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau peliharakan.
” Berilah keberkatan bagiku pada apa-apa yang telah Engkau kurniakan. “
” Dan selamatkan aku dari bahaya yang telah Engkau tentukan. “
” Maka sesungguhnya, Engkaulah yang menghukum dan bukannya yang kena hukum. “
” Dan sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau pimpin. “
” Dan tidak mulia orang yang Engkau musuhi. “
” Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi “
” Maka bagi Engkaulah segala pujian di atas apa yang Engkau hukumkan. “
” Aku memohon ampun dari-Mu dan aku bertaubat kepada-Mu. “
” Dan semoga Allah mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarganya. “


DOA IFTITAH

 Doa yang sentiasa ku ucapkan, janji yang sentiasa ku dilafazkan.iklaskah aku dalam setiap pengucapan.benarkah aku akan janji yang kulafazkan
.

اَلله أَكََْبَر كَبِيْرًا وَالحَمْدُلِلَّهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ الله بُكْرَةً وَأَصِيْلاً . إِنِّي وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِيْ فَطَرَ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ حَنِيْفًا مُسْلِمًا وَمَا أَنَا مِنَ المُشْرِكِيْن . إِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِيْ وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْن لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا مِنَ المُسْلِمِيًن.

“Allah maha besar lagi sempurna kebesaranya segala puji bagi Allah dengan pujian yang banyak . maha suci Allah sepanjang pagi dan petang , sesungguhnya aku menghadapkan mukaku kepada zat yang menciptakan langit dan bumi dengan keadaan lurus dan berserah diri dan bukannya aku termasuk dalam golongan musyrik , sesungguhnya sembahyangku ibadatku , hidupku dan matiku hanya untuk Allah semesta alam . Tiada sekutu baginya kerana itu aku rela diperintah dan kau ini adalah golongan orang Islam.”






 

Thursday, August 11, 2011

Nikmat Ramadhan



11 ramadhan 1432.

Ramadhan datang denagn penuh rasa kesyukuran
bertarawih, bertadarus...buat jiwaku tenang
rindu akan ramadhan yang lalu...
ramadhan bersama keluarga tercinta
entah bila...nikmat ramadhan bersama keluarga akan muncul semula

jiwaku tenang tatkala mendengar suara kanak2 tertawa
bermain2 dianjung masjid
hilang semua rasa penat tatkala seharian bekerja
biarlah gamat masjid dibuatnya
kadangkala solatku x khusyuk di buatnya.

tapi doaku buat mereka
biarlah cinta akan agama terus menyerap di dalam jiwa
menjadikan rumah Allah sebagai tempat paling bahagia
menjadikan al-quran sebagai penyuluh jiwa.
menjadikan alunan tasbih dan zikir pedendang jiwa

hari nie, kami berterawih dalam gelap.
kerenah budak2 , time tgh khusuk solat, diorang tutup lampu kat tempat perempuan
pastu main2 lampu, satu masjid bergelap.
tapi tak terdetik sedikit pun rasa marah dlm jiwaku
semua jemaah begitu tenang menikmati tarawih mlm ini
kagum aku lihat imam, xpernah marah bdk2 kat masjid
continue je solat sampaile ada org yg tlg buka lampu semula.

kadang kala...
ketenagan ini begitu sukar untuk di cari
kadang2 ia datang terus menerangi hati
kedamaian ramadhan yang x pasti akan ku nikmati lagi
semoga dapat ketempuhi ramadhan ini hingga ke akhirnya
menikmati rasa syukur dan bahagia
rasa damai dan tenang di jiwa




Sunday, December 19, 2010

MATAKU MILIKMU - BERSYUKURKAH AKU


Mataku milikmu, betapa besar anugerah yang Kau beri pada setiap hambaMu.Keindahan mata wanita jadi pesona setiap lelaki yang memandang.

Hebatnya kejadian Allah dengan dengan seribu satu keindahan, dianugerahkan mata yang pelbagai warna, sinar mata yang mempersona, tetapi adakah kita bersyukur dan sentiasa mensyukuri nikmatnya.

Seandainya manusia ingin menghitung nikmat-nikmat pemberian Allah swt, maka mereka tidak akan mampu menghitungnya. Sekalipun air laut dijadikan tinta, seluruh ranting kayu dijadikan pena dan dedaun pokok yang ada di muka bumi ini dijadikan kertasnya, maka ia tidak akan pernah selesai. Betapa besar dan banyak nikmat yang Allah swt kurniakan disekeliling kita.

Imam Al-Ghazali menulis dalam kitabnya Bidayatul Hidayah :-

Engkau telah dianugerahi mata agar engkau pergunakan hanya untuk melihat menuju ke jalan yang benar, untuk memenuhi berbagai macam dari kerja-kerja kamu, untuk melihat keindahan alam semesta agar dapat engkau renungkan betapa besar keagungan Allah.

Oleh kerana itu janganlah engkau gunakan mata kamu itu untuk empat hal yang tercela:

  1. Melihat perempuan yang bukan mahrammu;
  2. Melihat sesuatu yang menghairahkan nafsu berahi dan memperbesarkan syahwat;
  3. Melihat sesama muslim dengan pandangan mengejek dan meremehkan;
  4. Melihat atau mencari-cari kesalahan orang lain dari kalangan kaum muslimin.

Buta mata titak nampak jalan di dunia,
keran tidak cahaya,
tidak tahu ke mana arah hendak di tuju
ke hilir atau kehulu.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya, “Setiap mata akan menangis pada hari kiamat kecuali mata yang menutup dari melihat sesuatu yang haram, mata yang berjalan malam dalam jihad pada jalan Allah dan mata yang menitiskan air mata sekali pun sebesar kepala lalat kerana takutkan Allah.” (H.R Abu Naim)


Dalam menempuh kehidupan ini, pelbagai ilusi optik yang singgah dalam kehidupan kita.Perkara yang mungkar, lalai dan merugikan dilihat cantik, indah lagi mempersonakan.Kebaikan, keindahan dan kemuliaan menjadi sesuatu yang begitu mengelirukan.Lihatlah dengan mata hati, keikhlasan pasti terpancar jelas lagi nyata.


Ingatlah bahawa "kehidupan ada adalah kepercayaan".Kita boleh mengubah cara kita berfikir, dengan mengubah cara kita melihat sesuatu yang berlaku dikeliling kita