Buku terbesar mengenai alam terbentang luas di hadapan mata kita... dan ia tertulis dalam bahasa matematik - Galileo
Showing posts with label IQ TEST. Show all posts
Showing posts with label IQ TEST. Show all posts

Monday, April 11, 2011

IQ TEST SIRI 5

Salam,

Dalam rajah di bawah terdapat 9 kotak kecil. Menggunakan kebijaksanaan anda,
Isikan kotak-kotak di bawah dengan nombor 1- 9 di mana hasil tambah bagi semua nombor sama ada secara melintang, menegak atau menyerong akan menghasilkan nombor yang sama.


Untuk memudahkan semua, saya bagi klu sikit,hasil tambah bagi kes di atas ialah 15.

Selamat mencuba: JAWAPAN

Monday, April 4, 2011

IQ TEST-SIRI 4

Salam,

Kali nie kita test kemahiran kita dalam algebra.......sekiranya anda dapat solve problem nie, confirm anda seorg mathematician yg hebat.

Soalan:-

Dalam sebuah kebun ada 2 batang pokok (pokok A dan pokok B). Terdapat beberapa ekor burung yang tinggal di setiap pokok tersebut.

Burung dari pokok A berkata kepada burung pokok B: sekiranya seekor burung dari pokok B datang ke pokok A, maka jumlah burung yang terdapat di pokok A akan 2 kali ganda daripada pokok B

Burung dari pokok B berkata kepada burung pokok A: sekiranya seekor burung dari pokok A datang ke pokok B, maka jumlah burung yang terdapat di pokok B akan sama dengan jumlah burung yang ada di pokok A.

Berapa jumlah sebenar burung yang terdapaat di pokok A dan B?

Selamat mencuba...

Untuk mengetahui jawapan sila klik :JAWAPAN

Sunday, March 13, 2011

IQ TEST - SIRI 3

Di dalam rajah di bawah terdapat batang-batang kayu yang dibentuk menjadi 5 segiempat sama, 4 yang bersaiz kecil dan 1 yang bersaiz besar. Dengan menggunakan kreativiti anda pindahkan dua batang kayu supaya membentuk 7 segiempat sama.Selamat mencuba.




Cuba jangan tak cuba.Kalau nak confirmkan jawapan klik pada : JAWAPAN

Saturday, March 12, 2011

IQ TEST - SIRI 2




Susun nombor 1 hingga 8 dimana setiap no bersebelahan tidak boleh diletakkan secara bersebelahan sama ada melintang , menegak atau serong



contoh jawapan yang salah:-Kalau dah pening nak dapatkan jawapan klik je pada :JAWAPAN

Friday, March 11, 2011

JOM CABAR IQ -SIRI 1

Jom kita menguji minda agar lebih cergas dan cerdas.

Soalan 1:

Apa tanda atau simbol matematik yang sesuai diletakkan di antara no 6 dan 9 supaya jawapan yang terhasil lebih besar daripada 6 dan lebih kecil daripada 9

Untuk mengetahui jawapannya klik: JAWAPAN

Monday, March 1, 2010

JAWAPAN IQ TEST -SIRI 1

Apa tanda atau simbol matematik yang sesuai diletakkan di antara no 6 dan 9 supaya jawapan yang terhasil lebih besar daripada 6 dan lebih kecil daripada 9

untuk mendapatkan jawapan yang tepat cuba letakkan titik perpuluhan di antara 6 dan 9

6.9 lebih besar daripada 6 dan lebih kecil daripada 9Link

Matematik menjadikankan kita seorang manusia yang sentiasa berfikir : SOALAN