Buku terbesar mengenai alam terbentang luas di hadapan mata kita... dan ia tertulis dalam bahasa matematik - Galileo

Friday, August 20, 2010

Kursus Melawan Kebakaran bersama JPAM Kuching


8  dan 9 Ogos 2010. Nielah kursus pertama yang aku buat masa mula-mula nak tubuhkan PISPA (Pasukan Institusi Pertahanan Awam) kat Politeknik kuching. Time nie, sambutan agak menggalakkan. Penyertaan untuk kursus nie hampir 40 orang.
Kursus nie bukan sahaja untuk budak2 Politeknik, tapi aku buka juga untuk bdk2 IKM. memang bestlah sbb diorang sporting. kursus nie dijalankan selama 2 hari.

Aku kagum dengan student PISPA, walaupun buat aktiviti selama 2 hari. kedatangan sentiasa penuh.


Beria budak2 nie nak melepaskan diri dari bangunan terbakar.Klu yang betul2 entah camne diorg lari lintang pukang

Thursday, August 19, 2010

KEK GULA HANGUS KUKUS


Bahan2 yang diperlukan:-


1 cawan gula

1 cawan air panas

2 sudu mentega

1 cawan tepung

2 sudu soda bikarbonat

4 biji telur

1 cawan susu pekat

cara membuat:-

1. ayak tepung dan soda bikarbonat

2.pukul telur dan susu sehingga kembang.

3.masak gula sehingga cair (warna coklet), kemudian tutup api dan masukkan air panas dan mentega.

4.campurkan semua bahan, dan kacau sehingga sebati.

5. perap adunan selama 3jam.

6. last sekali kukus selama 1jam 45mt - 2 jam. jgn lupa sapu mentega pada loyang nanti kek susah nak dikeluarkan.


p/s : kalau nak bakar pun boleh, cuma 45 mt je.

Tuesday, August 3, 2010

kehebatan no.25

salam, dah lama xtulis blog.
tapi kecintaan pada math xpernah padam,so jom tgk keunikan no 25.

contoh :
654 x 25 =

mesti susahkan klu xde calculator.
tapi x susah klu kita dah hafal sifir 4. and hafal sifir 25 samapi 4 je.
bukan susah pun 25, 50 , 75,100.

1. first step, bahagikan 654 dgn no 4 =163 baki 2
2. baki 2 sama dgn 2x25 =50
3. so, jwpan bagi 654 x 25 =16 350.

selamat mencuba