Buku terbesar mengenai alam terbentang luas di hadapan mata kita... dan ia tertulis dalam bahasa matematik - Galileo

Sunday, February 27, 2011

KURSUS ASAS PISPA siri1/2011



11, 12,13 Februari 2011 dan 18,19,20 Februari 2011- Kursus asas PISPA siri 1/2011 telah diadakan selama 6 hari. Kursus ini telah diadakan selama 2 minggu dimana pada minggu pertama kursus ini telah diadakan di IKM Kuching dan minggu kedua telah diadakan di Politeknik Kuching Sarawak.Seramai 60 orang peserta telah menyertai kursus tersebut. Peserta terdiri daripada 30 orang anggota PISPA Poliku dan 30 orang anggota PISPA IKM Kuching.Kursus ini telah dirasmikan oleh Penolong Pengarah bahagian operasi dan bencana JPAM Sarawak dan perasmian penutup telah disempurnakan oleh Penolong Pengarah bahagian angkatan JPAM Sarawak.


Peserta kursus telah didedahkan dengan pelbagai teknik asas menyelamat, asas kawad kaki , teknik melawan kebakaran dan banyak lagi teknik-teknik asas yang lain. semua peserta menunjukkan minat yang amat mendalam semasa mengikuti kursus tersebut.




Buat semua anggota PISPA Poliku dan IKM Kuching, bersedia dengan aktiviti seterusnya.

Friday, February 25, 2011

Kaedah Mudah Kuasa Dua-siri2

Dah lama x update blog, busy dengan aktiviti pelajar. kali nie nak tunjuk kaedah lain untuk selesaikan masalah berkaitan kuasa 2

example 32^2

step by step:

1. kuasa dua no dihadapan 3^2 = 9
2.kuasa dua no belakang 2^2 = 4
3.Darab no depan dan belang 3 x 2 = 6 ,pastu hasilnya darab dgn 2, 6 x 2 =12
4. untuk dpt jawapan letak 9_4
5.No di tengah2 isi dengan hasil darap no hadapan dan belakang dgn 2

1
924
----
1024

4. so hasil 32^2 = 1024

Tuesday, February 22, 2011

Bengkel Pertolongan Cemas bersama JPAM




Pada 22 Januari 2011, satu bengkel pertolongan cemas telah diadakan di Politeknik Kuching Sarawak dengan kerjasama Jabatan Pertahanan Awam cawangan Kuching. Seramai 20 orang pelajar dan 10 orang pensyarah telah menyertai bengkel tersebut.Bengkel tersebut telah diadakan di Mini Auditorium PKS dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang.





Para peserta telah didedahkan dengan pelbagai teknik pertolongan cemas antaranya kaedah CPR , balutan, luka dan pendarahan serta kepatahan.




Sunday, February 20, 2011

Kempen Derma Darah Politeknik Kuching Sarawak



Tahniah, terima kasih dan syabas kepada semua warga PKS kerana telah sudi memeriahkan sambutan kempen derma darah yang telah di anjurkan oleh Pelajar-pelajar Ko-Pertahanan Awam PKS dengan kerjasama Hospital Umum Sarawak. Kempen tersebut g telah diadakan pada 10 Februari 2011.

Kesedaran warga Politeknik Kuching Sarawak akan kepentingan pendermaan darah telah terbukti dengan kehadiran seramai 178 orang perderma pada hari tersebut. walaubagaimanapun , haya 110 orang sahaja yang layak menderma.Ternyata promosi dan kempen berterusan dari pelajar-pelajar ko- Pertahanan Awam telah berjaya menarik begitu ramai pemderma sehingga melepasi sasaran awal iaitu seramai 100 orang.



Sekali lagi terima kasih kepada semua warga politeknik yang telah sudi menjayakan kempen tersebut. Kesedaran anda membawa kepada insan lain.