Buku terbesar mengenai alam terbentang luas di hadapan mata kita... dan ia tertulis dalam bahasa matematik - Galileo

Sunday, February 27, 2011

KURSUS ASAS PISPA siri1/2011



11, 12,13 Februari 2011 dan 18,19,20 Februari 2011- Kursus asas PISPA siri 1/2011 telah diadakan selama 6 hari. Kursus ini telah diadakan selama 2 minggu dimana pada minggu pertama kursus ini telah diadakan di IKM Kuching dan minggu kedua telah diadakan di Politeknik Kuching Sarawak.Seramai 60 orang peserta telah menyertai kursus tersebut. Peserta terdiri daripada 30 orang anggota PISPA Poliku dan 30 orang anggota PISPA IKM Kuching.Kursus ini telah dirasmikan oleh Penolong Pengarah bahagian operasi dan bencana JPAM Sarawak dan perasmian penutup telah disempurnakan oleh Penolong Pengarah bahagian angkatan JPAM Sarawak.


Peserta kursus telah didedahkan dengan pelbagai teknik asas menyelamat, asas kawad kaki , teknik melawan kebakaran dan banyak lagi teknik-teknik asas yang lain. semua peserta menunjukkan minat yang amat mendalam semasa mengikuti kursus tersebut.




Buat semua anggota PISPA Poliku dan IKM Kuching, bersedia dengan aktiviti seterusnya.

1 comment:

Motivasi Kerja said...

Terima kasih komen di blog..salam perkenalan jua. Semoga kita terus berkomentar.