Buku terbesar mengenai alam terbentang luas di hadapan mata kita... dan ia tertulis dalam bahasa matematik - Galileo

Monday, November 29, 2010

Al-Biruni -Trigonometri Moden



Nama: Abu'l-Rayhan Muhammad Ibn Ahmad Al-Biruni

Lahir : Kath, Khwarizm

Sumbangan:-

Beliau adalah antara orang yang pertama meletakkan asas kepada trigonometri moden.

Al-Biruni merupakan ahli falsafah, ahli kartografi, astronomi, fizik dan ahli matematik.



Selama 600 tahun sebelum Galgeo, Al-Biruni telah membincangkan teori putaran bumi tanpa paksinya yang sendiri.

Al-Biruni juga telah menggunakan kaedah penetapan longtitude untuk membolehkan arah kiblat ditentukan dari mana-mana tempat di dunia.


Al-Biruni juga banyak menulis buku-buku mengenai bayang-bayang.Perkara yang dibincangkan termasuklah clasifikasi arab mengenai bentuk dan bayang-bayang,fenomena yang melibatkan bayang-bayang,gnomics, fungsi tangent dan secant, fungsi bayang-bayang dalam astronomi dan peralatan-peralatan yang berkaitan,dan kegunaan bayang-bayang bagi menentukan waktu sembahyang bagi orang islam.Ia juga kaedah yang digunakan dalam memperkenalkan polar coordinate.


rujukan: http://www-groups.dcs.st-andrews.ac.uk/~history/Biographies/Al-Biruni.html

Sunday, November 28, 2010

Al-Battani - Bapa Trigonometri


Nama : Al-Battani atau Muhammad Ibn Jabir Ibn Sinan Abu Abdullah

Gelaran :Bapa trigonometri

Lahir : Battan, Damsyik (850-929)

Sumbangan:-
  1. Beliau putera Arab dan juga pemerintah Syria.
  2. Al-Battani diiktiraf sebagai ahli astronomi dan matematik Islam yang tersohor.
  3. Beliau berjaya meletakkan trigonometri pada tahap yang tinggi dan merupakan orang pertama yang menghasilkan jadual cotangents.

Saturday, November 27, 2010

Kesultanan Johor


Rakyat itulah raja, Raja itulah rakyat Dato Onn

Jangan ada terlintas di hati niat yang tidak baik di atas Raja sendiri atau meninggalkan negeri dan jajahan Johor ini, hidup tidak akan selamat kelak. Turun temurun datuk, nenek, moyang kita semuanya sudah bersumpah taat setia kepada datuk, nenek, turun temurun Sultan Johor. Dengan berniat 'Taat Setia' semenjak Panglima Daeng Lajat bin Abdul Rahim kepada Almarhum DYMM Sultan Abdul Jalil sehingga kepadanya sendiri bersumpah taat setia kepada Almarhum Sultan Abu Bakar Ibni Temenggung Tun Ibrahim dan seterusnya kepada DYMM Sultan Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar. Jangan takut membuat baik serta betul kepada Raja, Insya-Allah selamat sempurna hidup. Hak tertentu akan mati tetapi nama baik ataujahat akan kekal buat selamanya." - Dato' Bentara Luar Johor

Geografi sentiasa berubah, sejarah sentiasa bertambah

Al-Khindi (sistem nombor dan geometri sfera)


Nama : Abu Yousuf Yaqub Ibn. Ishak al-Khindi.

Lahir : Kufa sekitar tahun 800 Masehi.

Kepakaran :falsafah, matematik, perubatan, astronomi, fizik, ahli geografi dan juga muzik.

Sumbangan

Bagaimanapun, beliau lebih dikenali kerana hasil kerjanya dalam bidang falsafah. Dalam bidang Matematik, beliau menulis empat buah buku mengenai sistem nombor. Malah beliau juga meletakkan asas terhadap sebahagian besar dalam bidang arithmetik moden.

Walaupun tidak dinafikan al-Khawarizmi memberikan sumbangan yang besar terhadap sistem nombor Arab,

Al-Khindi turut memberikan sumbangan terhadap bidang geometri sfera untuk membantunya dalam bidang pengajian astronomi.

Dalam bidang kimia, beliau mencadangkan idea bahawa logam asas boleh ditukarkan menjadi logam yang berharga.

Sementara itu, dalam bidang fizik pula, beliau memberikan sumbangan yang besar dan menulis buku dalam bidang optik geometrikal.

Dalam bidang perubatan, beliau merupakan orang pertama yang berjaya menentukan secara sistematik dos untuk menghasilkan ubat.

Al-Khindi juga sebenarnya seorang penulis yang sangat produktif. Beliau menghasilkan 241 buah buku dalam pelbagai bidang.

Antaranya ialah:

+ Astronomi (16 buah)
+ Aritmetik (11 buah)
+ Geometri (32 buah)
+ Perubatan (22 buah)
+ Fizik (12 buah)
+ Falsafah (22 buah)
+ Logik (sembilan buah)
+ Psikologi (5 buah)
+ Muzik (tujuh buah)

Selain itu, al-Khindi juga menghasilkan tulisan dalam bentuk monograf meliputi bidang astronomi, batu-batan, batu-batu berharga dan sebagainya.

Beliau adalah antara penterjemah awal yang terlibat dalam menterjemahkan hasil karya dalam bidang Greek ke dalam bahasa Arab.

Dalam bahasa Latin, al-Khindi dikenali sebagai Alkindus. Banyak buku-buku al-Khindi diterjemahkan ke dalam bahasa latin oleh Gherard of Cremona.

Antara buku-buku yang diterjemahkan ke dalam bahasa Latin termasuklah Risalah dar Tanjim, Ikhtiyarat al-Ayyam, Ilahyat-e-Aristu, al-Mosiqa, Mad-o-Jazr dan Aduiyah Murakkaba.

Sebenarnya sumbangan dan pengaruh al-Khindi dalam perkembangan sains dan falsafah sungguh bermakna dalam menghidupkan dunia sains ketika zaman itu.

Wednesday, November 24, 2010

Omar Khayyam: Pakar algebra, ahli astronomi dan penyair



Nama: Ghiyath al-Din Abul Fateh Omar Ibn Ibrahim al-Khayyam

Asal: Parsi

Bidang Kepakaran Omar : Matematik, astronomi, falsafah, perubatan dan puisi
Sumbangan:-
  1. Beliau pernah membuat percubaan untuk mengklasifikasikan kebanyakan persamaan algebra termasuk persamaan darjah ke tiga.
  2. Malah beliau juga menawarkan beberapa penyelesaian untuk beberapa masalah algebra. Ini termasuklah penyelesaian geometrik bagi persamaan kiub dan sebahagian daripada penyelesaian kebanyakan persamaan lain. Bukunya `Mazalat fi al-Jabr wa al-Muqabila’ adalah karya agungnya dalam bidang algebra dan sangat penting dalam perkembangan algebra.
  3. Pengklasifikasian persamaan yang dilakukan oleh Omar Khayyam adalah berasaskan kerumitan sesuatu persamaan.
  4. Omar Khayyam telah mengenal pasti 13 jenis bentuk persamaan kiub. Kaedah penyelesaian persamaan yang digunakan oleh Omar Khayyam adalah bersifat geometrikal.
  5. Dalam bidang geometri pula, beliau banyak membuat kajian-kajian yang menjurus kepada pembentukan teori garisan selari.
  6. Di sana, beliau ditugas untuk menentukan kalendar solat yang tepat.
    Khayyam berjaya memperkenalkan kalendar yang hampir-hampir tepat dan dinamakan Al-Tarikh-al- Jalali.
  7. Selain itu, Omar Khayyam juga turut menyumbang dalam bidang lain seperti pembangunan kaedah menentukan graviti.
  8. Dalam bidang metafizik, beliau menulis tiga buku. Beliau juga terkenal sebagai seorang ahli astronomi terkenal dan juga doktor.
  9. Malah, beliau pernah menjadi terkenal di kalangan dunia barat sejak tahun 1839 apabila Edward Fitzgerald menerbitkan terjemahan bahasa Inggeris bagi bukunya - Rubaiyat. Buku ini menggambarkan kehebatan dan kekayaan ilmu yang dimiliki Omar Khayyam. Omar
  10. Khayyam juga menulis pelbagai jenis buku dan monograf dalam pelbagai jenis bidang.
    Antaranya ialah 10 buku dan 30 monograf berjaya dikesan. Daripada jumlah ini, empat buah buku adalah berkaitan matematik, fizik (tiga), metafizik (tiga) dan satu untuk algebra dan geometri.
  11. Jasa dan pengaruh Omar Khayyam begitu besar terutamanya dalam perkembangan bidang matematik dan juga geometri.