Buku terbesar mengenai alam terbentang luas di hadapan mata kita... dan ia tertulis dalam bahasa matematik - Galileo

Wednesday, November 24, 2010

Omar Khayyam: Pakar algebra, ahli astronomi dan penyair



Nama: Ghiyath al-Din Abul Fateh Omar Ibn Ibrahim al-Khayyam

Asal: Parsi

Bidang Kepakaran Omar : Matematik, astronomi, falsafah, perubatan dan puisi
Sumbangan:-
  1. Beliau pernah membuat percubaan untuk mengklasifikasikan kebanyakan persamaan algebra termasuk persamaan darjah ke tiga.
  2. Malah beliau juga menawarkan beberapa penyelesaian untuk beberapa masalah algebra. Ini termasuklah penyelesaian geometrik bagi persamaan kiub dan sebahagian daripada penyelesaian kebanyakan persamaan lain. Bukunya `Mazalat fi al-Jabr wa al-Muqabila’ adalah karya agungnya dalam bidang algebra dan sangat penting dalam perkembangan algebra.
  3. Pengklasifikasian persamaan yang dilakukan oleh Omar Khayyam adalah berasaskan kerumitan sesuatu persamaan.
  4. Omar Khayyam telah mengenal pasti 13 jenis bentuk persamaan kiub. Kaedah penyelesaian persamaan yang digunakan oleh Omar Khayyam adalah bersifat geometrikal.
  5. Dalam bidang geometri pula, beliau banyak membuat kajian-kajian yang menjurus kepada pembentukan teori garisan selari.
  6. Di sana, beliau ditugas untuk menentukan kalendar solat yang tepat.
    Khayyam berjaya memperkenalkan kalendar yang hampir-hampir tepat dan dinamakan Al-Tarikh-al- Jalali.
  7. Selain itu, Omar Khayyam juga turut menyumbang dalam bidang lain seperti pembangunan kaedah menentukan graviti.
  8. Dalam bidang metafizik, beliau menulis tiga buku. Beliau juga terkenal sebagai seorang ahli astronomi terkenal dan juga doktor.
  9. Malah, beliau pernah menjadi terkenal di kalangan dunia barat sejak tahun 1839 apabila Edward Fitzgerald menerbitkan terjemahan bahasa Inggeris bagi bukunya - Rubaiyat. Buku ini menggambarkan kehebatan dan kekayaan ilmu yang dimiliki Omar Khayyam. Omar
  10. Khayyam juga menulis pelbagai jenis buku dan monograf dalam pelbagai jenis bidang.
    Antaranya ialah 10 buku dan 30 monograf berjaya dikesan. Daripada jumlah ini, empat buah buku adalah berkaitan matematik, fizik (tiga), metafizik (tiga) dan satu untuk algebra dan geometri.
  11. Jasa dan pengaruh Omar Khayyam begitu besar terutamanya dalam perkembangan bidang matematik dan juga geometri.

No comments: