Buku terbesar mengenai alam terbentang luas di hadapan mata kita... dan ia tertulis dalam bahasa matematik - Galileo

Tuesday, October 25, 2011

Ikatan dan Simpulan

Salam,

Hari nie macam rajin je nak update sedikit ilmu untuk penduan semua anggota PISPA PKS, nie kira revision untuk anggota PISPA yang dah pi Kursus Asas...Yang belum pi just panduan and ilmu baru yang boleh ditimba...10 Jenis ikatan dan simpulan asas dalam menyelamat


Friday, October 21, 2011

Perkhemahan Bersepadu PISPA PKS dan IKM



14 Okt - 16 Okt 2011 - Perkhemahan bersepadu PISPA Politeknik Kuching Sarawak dan IKM Kuching sarawak telah diadakan dengan kerjasama JPAM cawangan Kuching.pelbagai aktiviti yang telah dijalankan. alhamdullilah, sepanjang perkhemahan dijalankan langsung x hujan. so semua aktiviti dapat dijalankan dengan lancar.

Oleh kerana pelajar2 PISPA PKS ada kelas sampai kul 3, so terpaksalah bertolak dari poli lewat sikit. Kul 4.00 baru bertolak dari poli n sampai kat gua fairy dalam kul 5.30 ptg. Sampai je kat sana, student dari IKM dah siap pasang khemah, so student poli just pun cont pasang khemah.

Lepas dah siap pasang khemah, setiap student dibekalkan dengan tempurung kelapa.Untuk camping kali nie, aku wajibkan semua student makan dalam tempurung, member aku dari IKM dapat tempurung dari mana aku xtaule,sekali pandang mmg xselera nak makan...tapi amazing...bdk2 nie bersihkan tempurung tu sampai bkilat..nak ke tak nak kena makan gak guna tempurung tu..


14 okt 2011 (jumaat)

Kul 8,start ice breaking....sbb hari first aku buat simple2 je...semua aktiviti dibantu oleh bdk2 PJE IKM, lepas tu setiap kumpulan dikehendaki buat loga dari bahan2 semulajadi. Untuk aktiviti nie setiap kumpulan dibekalkan dengan kertas mahjong dan satu bahan pewarna (kopi,kunyit, tepung kastert, sos, arang, daun pandan, limau kasturi, teh, n koko) . kreativ juga bdk2 nie.

Aktiviti LDK abis dalam kul 11 mlm, pastu minum mlm, dalam kul 11.30 taklimat dari jurulatih JPAM .Klu 12.00 aktiviti burung hantu. mejoriti bdk2 ok je.tapi ada 3 org bdk perempuan nie, gila2 takut, tak nak lepas tangan langsung....aku cuba boleh gelak je..aktivit burung hantu habis dalam kul 3.30 pagi. Pastu tido...






15 oktober 2011 (sabtu)

Kul 5.30 semua dah kena bangun....tapi cam biasalah, mejority x tido pun, takut kena denda....tapi ada gak yang lambat....5.45 solat subuh berjemaah bagi yang muslim...kul 6.00pagi start PT pagi...habis je pt pagi dalam kul 7.30 sarapan. Oleh kerana hari nie ada jalan lasak so bagi bdk2 relaks dulu tanpa aktiviti, sbb semalam tidor lambat....kira baikle tu...bukan apa takut ada yang pengsan...

kul 9.oo semua anggota PISPA dibawa guna lori ke destinasi yang telah ditetapkan. Jarak untuk jalan lasak nie xdelah jauh sangat, cuma lebih kurang 8KM je. Tapi ada gak yang pengsan, so terpaksale naik ambulan....Untuk aktiviti nie, setiap kumpulan dikehendaki mencari tumbuhan herba, tak sangka bdk2 nie mmg pandai dlm perubatan tradisional. Byk gak nama2 pokok yang diorg cari aku pun x pernah dengar. Maybe itulah kelebihan bdk2 kat Sarawak nie, mesra dengan alam. Kumpulan yang paling awal just ambil masa 1 jam 45mt je...yang lain lebih dari 2 jam.
Dalam kul 12 semua group dah sampai ke tapak perkhemahan, tapi terpaksa berlapar sbb makanan tak siap lagi...Lepas je makan, rehat n solat cont dgn next aktiviti.

Dalam kul 2.00 petang-semua anggota PISPA kena bersiap2 untuk aktiviti flying Fox and accending. Penat gak nak handle aktiviti. Paling best tgk Miss Zirosmina(pegawai pasukan IKM) kena buli dengan jurulatih JPAM...aktiviti berakhir dlm kul 5.00 ptg.



Aktivit malam start kul 8.00 - sepatutnya aktiviti start kul 7.30 tapi tukang masak blm ready, so terpaksalah delay aktiviti..kat sini magrib 6.30 so 7.40 dah isya'.walaupun siang semua PISPA dah keletihan, tapi bak kata bdk2 PJE "no compromise " so aku teruskan juaga dengan aktiviti laluan berhalangan. Urusetia nie mmg x boleh diberi pelung, habis bdk2 PISPA nie dikerjakan. laluan untuk kali nie mmg best. walaupun x msk gua, tapi laluan yang diorg buat mmg mcm masuk gua, tahap kekotoran pada baju pun lebih kurang mcm msk gua hantu....terbaek bdk2 PJE .Aktiviti berakhir dalam kul 1 pagi.

16 Oktober 2011 (ahad)

Hari terakhir camping,oleh sbb semalam bdk2 PISPA dah letih gile, so aku start Pt pagi kul 7....tu dah kira baik hati.Kalau ikutkan hati nak je bunyikan siren kul 6,tapi xsampai hati...
Pt pagi cam biasa buat Pt 10 pastu jogging. lepas PT pagi sarapan. pastu Sjn Samsul denda semua anggota PISPA sbb tak nyanyi lagu negaraku pagi2..memang kelakar, diorg kena mtk maaf dengan papan tanda gunakan pelbagai bahasa, (melayu,iban,bidayu,jawa,cont dengn LDK dari sjn Samsul.
Lepas habis LDK, anggota diajar untuk menyelamat menggunakan alat alih ganti. habis je aktiviti usungan cont dengan presentation.

last sekali aktiviti membuat jerat. aku pulak yang exited nak belajar, maklumlah orang bandar, manalah pernah buat jerat. Bukan senang nak buat walaupun nampak simple... semua tu pengalaman yang mematangkan aku sebagai manusia.

Perkhemahan PISPA telah dirasmikan penutupannya oleh PPAD Kuching kapt (PA) Mohd Johari. Turut hadir bersama pada majlis penutup penghulu Kg. Peros.


Warna-warni perkhemahan yang aku rancang takkan berjaya tanpa sokongan semua anggota PISPA Politeknik Kuching dan IKM Kuching

Terima kasih tak terhingga buat semua jurulatih yang terlibat terutama Staff Muda Zaidi bin Jili dan Sjn Samsul Bahari dari JPAM cawangan Kuching kerana telah sama-sama membantu dalam menjayakan Perkhemahan Bersepadu PISPA pada kali ini.

Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada semua urusetia yang terdiri daripada pelajar2 PJE IKM Kuching yang telah sudi menjadi chef dan membantu saya dalam menggerakkan aktiviti yaang telah dirancang....

Tuesday, October 11, 2011

Survey camp_POLIKU

Salam,

11 Oktober 2011 (selasa) - Hari kedua kami berkampung di Kompleks Pendidikan Yayasan Sarawak.Time sesi motivasi, buat perbahasan tajuk " pemimpin lelaki jauh lebih baik dari pemimpin perempuan

Teringat masa survey camp time study dulu. Tiap kali survey camp ada je something yang jadi kenangan. Masa wat kat Uitm Sri Iskandar, entah kenapa semua orang gile makan chokie-chokie...macam jadi makanan wajib. Pi beli kat Petronas.. seronok je time study...entah bila nak sambung master. Masa tu semua mcm semangat gile, buat survey malam-malam. nak tunggu alat GPS tu kena bergilir2. selang 2 jam sekali.....mcm wat rondaan malam....Sekarang nie akulak jaga bdk2 buat survey camp.boring je xde keje.....

Time survey camp macam2 versi kulit muka boleh tengok.ada yang macam badmen mata je putih, muka abis hitam...yang berbelang2 jangan cite...kelakar gile..survey camp kat Uitm penang best gak. buat kat kawasan kampung nelayan...Kg. Batu Maung, panas gile...Time buat hydro majority bdk lelaki yang mabuk....bdk perempuan steady je....aku rasa,tulah first n last aku wat hydro kot....

Dah lama tak jumpa kawan-kawan time study dulu....rindu kat korg...kenangan yang mungkin tak dapat aku lupakan.....

Sunday, October 9, 2011

Taman Negara Gunung Gading- Water Fall 7

 Program mendaki di Taman Negara Gunung Gading sarawak ( 8 Oktober 2011)...

Selepas penat 2 minggu berkursus tanpa henti, akhirnya dapat juga menghilangkan stress dengan menikmati alam sekitar.....walaupun penat, tapi oklah....tengok gelagat student hilang siket stress..walaupun kali nie xsampai summit, tapi oklah sbb semua student berjaya sampai ke water fall 7.

Pukul 5 pagi dah bangun  masak makanan utk student. Terima kasih kepada semua senior PISPA yang membantu. Kalau tak boleh pengsan aku masa naik gunung.



Terima kasih juga kepada anggota JPAM cawangan Kuching yang turut menyertai expedisi kali ini. Stady je diorang. penuh dengan stamina...

Gambar2 kenangan bersama semua student PISPA Politeknik Kuching Sarawak.......minggu nie kita bina stamina untuk program camping minggu depan....Harap2 berstaminalah ye nak jalan lasak sejauh 5km je....








Tahniah buat semua anggota PISPA Politeknik Kuching sarawak yang telah berjaya menamatkan expedisi ini dengan jayanya.....next semester kita pi Gua Niah...siapa yang sanggup menyahut cabaran.....so kena simpan duit cukup2.xlarat poli nak sponsor dah.......

Gelagat Umar Abdul Aziz di Hari Raya




Gelagat Umar Abdul Aziz.....yang comel....
niele first time umar ceria bila balik kampung...selalunya asyik mengamuk aje...
29 Ogos 2011 genap umur Umar 2 tahun..dah besar dan pandai....
minat gile pada kerete...
aku bagi tengok cerite dia buat bodoh je.....
tapi klu ada cite kereta....or robot kerete..bukan main lagi...

AKTIVITI-AKU ANAK MALAYSIA


Salam

7 hb 2011 (Jumaat)-Aktiviti Kami AnakMalaysia....Tak sangka, program yang pada mulanya nak buat biasa2 je jadi sangat best dan bersemangat....l.Tahniah buat semua pelajar semester satu yang membuat persembahan. Persembahan yang tak dirancang pun jadi happening sangat.



seronok tgk student beraktiviti, teringat masa belajar dulu.Ada bakat juga student aku bersajak, penuh gaya, penuh semangat. Harap2le you all semua study pun semangat juga sama cam masa buat persembahan.

Suara pun boleh tahan gak, mmg sedaplah...bangga jadi Penasihat Akedemik DUT1S1. Memang mantap...tahniah.

Sunday, October 2, 2011

PISPA POLIKU-FLYING FOX

Salam,

Akhirnya berjaya juga buat flying fox kat Politeknik Kuching. Terima kasih buat senior PISPA yang telah cari tempat yang sesuai untuk buat aktiviti nie. Walaupun aku tak de time nie, (pi kursus pembinaan bahan Pn P Online ) tapi aku dah rasa cukup puas hati....sebab impian dah jadi kenyataan.

Terima kasih juga kepada semua jurulatih yang telah terlibat menjayakan aktiviti tersebut.

Selalunya klu buat Accending, mesti ada yang nak nangis n menjerit kuat2, nie xtaule camne....confirm diorg nie menjerit kuat gila sampai satu poli boleh dengar.....




Kepada semua junior PISPA, anda semua akan merasai aktiviti2 yang mencabar sekiranya joint AR 201 JPAM. Tapi x boleh janji apa aktiviti yang akan dijalankan.....bergantung pada idea yang datang pada masa tersebut...


Sekali lagi terima kasih kepada semua anggota PISPA dan jurulatih terutama En. Zaidi bin Jili yang telah menjayakan aktiviti flying fox di Politeknik Kuching Sarawak...