Buku terbesar mengenai alam terbentang luas di hadapan mata kita... dan ia tertulis dalam bahasa matematik - Galileo

Monday, August 22, 2011

Ayam Percik yang sedap





Bahan2 untuk perap ayam

kisar semua bahan dibawah dan tuang ke dalam ayam
3 - 4 batang serai diracik halus
bawang putih
bawang merah
cili kering
jintan manis
ketumbar

gaulkan bahan2 yang telah dikisar bersama dengan
serbuk kunyit dan gula serta garam
secukup rasa

pasti tidak mengecewakan

SELAMAT MENCUBA

Saturday, August 20, 2011

Majlis Berbuka Puasa di Base JPAM Kuching,Sarawak

19 Ogos 2011 bersamaan 20 Ramadhan 1432H...

Berbuka puasa di base JPAM dengan bdk2 PISPA....penat gile...x larat nak makan pun....dari pagi memasak...nasib bdk2 nie rajin tolong...banyak gile menu berbuka, ada BBQ ayam...sedap gak akunye resepi, ayam masak lemak cili padi , mee hoon goreng, bubur lambuk, karipap, kuih buah melaka, sayur campur, tembikai.....air macam2 teh, kopi, oren, oren sirap, coke, ais cream soda.....mengalahkan makan kat hotel.....oleh sebab dah penat gile aku cuma mampu minum air kopi segelas, tembikai, karipap sebiji n ayam percik yg sedap...seronok dapat berjemaah di base JPAM.....pegawai pasukan PISPA yang jadi imam......


walaupun dah penat memasak kat poli, ayam tu tetap kena bakar gak....

berbuka bersama barisan jurulatih JPAM dan anggota2 JPAM cawangan kuching

pelbagai menu berbuka yang terhidang.......tapi x mampu menaikkan nafsu makan aku...penat gile


lawatan student PISPA semester satu sementara menunggu waktu berbuka disekitar base


seronok bdk2 nie tangkap gambar kat ambulans....suka hati koranglah nak wat apa yang penting enjoy.....

note:- next aktiviti akan menyusul selepas raya....hanya yang memberi komitmen sepenuhnya akan terpilih untuk menyertai aktiviti PISPA selepas ini.

Thursday, August 11, 2011

Nikmat Ramadhan



11 ramadhan 1432.

Ramadhan datang denagn penuh rasa kesyukuran
bertarawih, bertadarus...buat jiwaku tenang
rindu akan ramadhan yang lalu...
ramadhan bersama keluarga tercinta
entah bila...nikmat ramadhan bersama keluarga akan muncul semula

jiwaku tenang tatkala mendengar suara kanak2 tertawa
bermain2 dianjung masjid
hilang semua rasa penat tatkala seharian bekerja
biarlah gamat masjid dibuatnya
kadangkala solatku x khusyuk di buatnya.

tapi doaku buat mereka
biarlah cinta akan agama terus menyerap di dalam jiwa
menjadikan rumah Allah sebagai tempat paling bahagia
menjadikan al-quran sebagai penyuluh jiwa.
menjadikan alunan tasbih dan zikir pedendang jiwa

hari nie, kami berterawih dalam gelap.
kerenah budak2 , time tgh khusuk solat, diorang tutup lampu kat tempat perempuan
pastu main2 lampu, satu masjid bergelap.
tapi tak terdetik sedikit pun rasa marah dlm jiwaku
semua jemaah begitu tenang menikmati tarawih mlm ini
kagum aku lihat imam, xpernah marah bdk2 kat masjid
continue je solat sampaile ada org yg tlg buka lampu semula.

kadang kala...
ketenagan ini begitu sukar untuk di cari
kadang2 ia datang terus menerangi hati
kedamaian ramadhan yang x pasti akan ku nikmati lagi
semoga dapat ketempuhi ramadhan ini hingga ke akhirnya
menikmati rasa syukur dan bahagia
rasa damai dan tenang di jiwa