Buku terbesar mengenai alam terbentang luas di hadapan mata kita... dan ia tertulis dalam bahasa matematik - Galileo

Sunday, July 31, 2011

ORENTASI ANGGOTA BARU PISPA POLIKU


Link3o Julai 2011- (sabtu) satu program orentasi anggota baru PISPA Poliku telah di adakan disekitar kawasan Politeknik Kuching Sarawak



Aktiviti telah diadakan dari jam 6 pagi hingga jam 6 petang. Program telah dikendalikan oleh pelajar2 senior PISPA dengan kerjasama jurulatih JPAM cawangan Kuching. Walaupun terdapat kekangan masa dikalangan Jurulatih, tetapi program tetap dapat dijalankan dengan jayanya.






Program ini merupakan program yang julung kali diadakan di Politeknik Kuching, terdapat pelbagai kelamahan yang perlu ditambah baik pada masa akan datang seperti penyusuna aktiviti, makanan, masa dan sebagainya.







Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah PT pagi dan PT petang, sukanneka, decending menggunakan tali sabut dan decending menggunakan kaedah mekenik.



Terima kasih buat semua AJK senior yang terlibat.Tanpa anda semua program nie, x mungkin dapat dijalankan dengan lancar....Tahniah buat semua anggota baru PISPA yang telah berjaya menepuh program orentasi dengan jayanya. Walaupun semua anggota begitu penat dan keletihan, tatapi semangat yang kental terus membara hingga ke akhir program. sekali lagi syabas dan tahniah. Program seterusnya akan menanti dengan sesuatu yang lebih mendebarkan....tunggu.



Thursday, July 28, 2011

Kata Hati


Kadang2 kita perlu berpura-pura
Untuk buat orang lain gembira
Untuk buat insan lain bahagia
untuk buat insan lain kurang terseksa

Kadang2 kita perlu memendam rasa
Untuk buat orang ketawa
Untuk buat insan tersayang terukir senyum seketika
Untuk buat dia berlapang dada

kadang kala kita biar hati terluka
Untuk melihat orang lain bersorak gembira
Untuk mereka berasa lega
Untuk tidak menjadi derhaka

kadang kala kita sembunyikan air mata
kita kunci rasa duka
rasa gelora di jiwa
kita pendam rasa nestapa
Untuk memuaskan hati mereka..

Berselindung bukan bererti kita lari dari dunia
Berhadapan belum menjanjikan bahagia
Menutup bukan bererti mulia

Kita hanya pemegang amanah
pada daging yang namanya hati
yang perlu sentiasa di jaga dan dihormati
yang perlu di isi bukan disakiti..

-faizraudha-11.37-kuching sarawak-

Wednesday, July 27, 2011

Konvo Poliku Ke-19



27 Julai 2011, Konvokesyen Politeknik Kuching yang ke 19.

Bertugas time konvo memang benda paling boring yang aku rasa.Lagi2 jadi Jk kecemasan ,semua pasal kecemasan kat poli bagi kat org JPAM aje . tapi xkisahlah dah tugas nak wat camne.Apa2 pun terima kasih kat bdk2 PISPA yang sentiasa tolong dalam meringankan keje2 aku.

Bila tengok student naik pentas teringat zaman belajar. Bestnye rasa, walaupun konvo tu xsampai 5 minit pun naik pentas, tapi nikmatnya tuhan sahaja yang tahu.Bertahun-tahun belajar segulung ijazah dan diploma tulah pengubat segala sengsara time belajar. Setiap kali dengar tepukkan gemuruh kat dewan, aku macam terbayang aku aku yang naik pentas.

Member2 semua dah berjaya dengan kerier masing2.Dah ada family, bilalah dapat rasa time belajor. Jumpa kawan2 lama.duduk dala kelas sama-sama, buat praktikal sama-sama. Rindunya masa belajar.

Teringat masa bulan rejab, time tu semua org puasa sunat, tapi haritu letih sangat, sebab kelas banyak, petang kena buat cerapan matahari. tapi semua geng aku xnak buka.Stay puasa n buka sama2. Seronoknye.

banyak kenangan x boleh nak lupa, prof muhamad ajar foto selalu bagi telinga gajah klu salah buat calculation, Tn haji yang sporting, prof faridah yang selalu naik angin (why monkey is purple) xboleh lupa time present projek karto.lecture law yang selalu bergaya....en, shahriman, Dr juazier yang selalu berpusing2 dlm kelas time ajar astronomi......semua nie buatkan aku rindu sangat zaman belajar

Semangat nak belajar tu ada, cuma belum ada kekuatan nak sambung je. Aku harap dapat sambung master and continue dengan PHD. Tuhan bagi aku kekuatan untuk smbung belajar, bukalah pintu hati mak aku utk bagi aku smbg belajar. Mak aku nie risau sanagt aku tak kawin lagi. Mak kata asyik belajo je......nak wat camne mak....anak mak niekan pendidik.