Buku terbesar mengenai alam terbentang luas di hadapan mata kita... dan ia tertulis dalam bahasa matematik - Galileo

Friday, October 21, 2011

Perkhemahan Bersepadu PISPA PKS dan IKM



14 Okt - 16 Okt 2011 - Perkhemahan bersepadu PISPA Politeknik Kuching Sarawak dan IKM Kuching sarawak telah diadakan dengan kerjasama JPAM cawangan Kuching.pelbagai aktiviti yang telah dijalankan. alhamdullilah, sepanjang perkhemahan dijalankan langsung x hujan. so semua aktiviti dapat dijalankan dengan lancar.

Oleh kerana pelajar2 PISPA PKS ada kelas sampai kul 3, so terpaksalah bertolak dari poli lewat sikit. Kul 4.00 baru bertolak dari poli n sampai kat gua fairy dalam kul 5.30 ptg. Sampai je kat sana, student dari IKM dah siap pasang khemah, so student poli just pun cont pasang khemah.

Lepas dah siap pasang khemah, setiap student dibekalkan dengan tempurung kelapa.Untuk camping kali nie, aku wajibkan semua student makan dalam tempurung, member aku dari IKM dapat tempurung dari mana aku xtaule,sekali pandang mmg xselera nak makan...tapi amazing...bdk2 nie bersihkan tempurung tu sampai bkilat..nak ke tak nak kena makan gak guna tempurung tu..


14 okt 2011 (jumaat)

Kul 8,start ice breaking....sbb hari first aku buat simple2 je...semua aktiviti dibantu oleh bdk2 PJE IKM, lepas tu setiap kumpulan dikehendaki buat loga dari bahan2 semulajadi. Untuk aktiviti nie setiap kumpulan dibekalkan dengan kertas mahjong dan satu bahan pewarna (kopi,kunyit, tepung kastert, sos, arang, daun pandan, limau kasturi, teh, n koko) . kreativ juga bdk2 nie.

Aktiviti LDK abis dalam kul 11 mlm, pastu minum mlm, dalam kul 11.30 taklimat dari jurulatih JPAM .Klu 12.00 aktiviti burung hantu. mejoriti bdk2 ok je.tapi ada 3 org bdk perempuan nie, gila2 takut, tak nak lepas tangan langsung....aku cuba boleh gelak je..aktivit burung hantu habis dalam kul 3.30 pagi. Pastu tido...






15 oktober 2011 (sabtu)

Kul 5.30 semua dah kena bangun....tapi cam biasalah, mejority x tido pun, takut kena denda....tapi ada gak yang lambat....5.45 solat subuh berjemaah bagi yang muslim...kul 6.00pagi start PT pagi...habis je pt pagi dalam kul 7.30 sarapan. Oleh kerana hari nie ada jalan lasak so bagi bdk2 relaks dulu tanpa aktiviti, sbb semalam tidor lambat....kira baikle tu...bukan apa takut ada yang pengsan...

kul 9.oo semua anggota PISPA dibawa guna lori ke destinasi yang telah ditetapkan. Jarak untuk jalan lasak nie xdelah jauh sangat, cuma lebih kurang 8KM je. Tapi ada gak yang pengsan, so terpaksale naik ambulan....Untuk aktiviti nie, setiap kumpulan dikehendaki mencari tumbuhan herba, tak sangka bdk2 nie mmg pandai dlm perubatan tradisional. Byk gak nama2 pokok yang diorg cari aku pun x pernah dengar. Maybe itulah kelebihan bdk2 kat Sarawak nie, mesra dengan alam. Kumpulan yang paling awal just ambil masa 1 jam 45mt je...yang lain lebih dari 2 jam.
Dalam kul 12 semua group dah sampai ke tapak perkhemahan, tapi terpaksa berlapar sbb makanan tak siap lagi...Lepas je makan, rehat n solat cont dgn next aktiviti.

Dalam kul 2.00 petang-semua anggota PISPA kena bersiap2 untuk aktiviti flying Fox and accending. Penat gak nak handle aktiviti. Paling best tgk Miss Zirosmina(pegawai pasukan IKM) kena buli dengan jurulatih JPAM...aktiviti berakhir dlm kul 5.00 ptg.



Aktivit malam start kul 8.00 - sepatutnya aktiviti start kul 7.30 tapi tukang masak blm ready, so terpaksalah delay aktiviti..kat sini magrib 6.30 so 7.40 dah isya'.walaupun siang semua PISPA dah keletihan, tapi bak kata bdk2 PJE "no compromise " so aku teruskan juaga dengan aktiviti laluan berhalangan. Urusetia nie mmg x boleh diberi pelung, habis bdk2 PISPA nie dikerjakan. laluan untuk kali nie mmg best. walaupun x msk gua, tapi laluan yang diorg buat mmg mcm masuk gua, tahap kekotoran pada baju pun lebih kurang mcm msk gua hantu....terbaek bdk2 PJE .Aktiviti berakhir dalam kul 1 pagi.

16 Oktober 2011 (ahad)

Hari terakhir camping,oleh sbb semalam bdk2 PISPA dah letih gile, so aku start Pt pagi kul 7....tu dah kira baik hati.Kalau ikutkan hati nak je bunyikan siren kul 6,tapi xsampai hati...
Pt pagi cam biasa buat Pt 10 pastu jogging. lepas PT pagi sarapan. pastu Sjn Samsul denda semua anggota PISPA sbb tak nyanyi lagu negaraku pagi2..memang kelakar, diorg kena mtk maaf dengan papan tanda gunakan pelbagai bahasa, (melayu,iban,bidayu,jawa,cont dengn LDK dari sjn Samsul.
Lepas habis LDK, anggota diajar untuk menyelamat menggunakan alat alih ganti. habis je aktiviti usungan cont dengan presentation.

last sekali aktiviti membuat jerat. aku pulak yang exited nak belajar, maklumlah orang bandar, manalah pernah buat jerat. Bukan senang nak buat walaupun nampak simple... semua tu pengalaman yang mematangkan aku sebagai manusia.

Perkhemahan PISPA telah dirasmikan penutupannya oleh PPAD Kuching kapt (PA) Mohd Johari. Turut hadir bersama pada majlis penutup penghulu Kg. Peros.


Warna-warni perkhemahan yang aku rancang takkan berjaya tanpa sokongan semua anggota PISPA Politeknik Kuching dan IKM Kuching

Terima kasih tak terhingga buat semua jurulatih yang terlibat terutama Staff Muda Zaidi bin Jili dan Sjn Samsul Bahari dari JPAM cawangan Kuching kerana telah sama-sama membantu dalam menjayakan Perkhemahan Bersepadu PISPA pada kali ini.

Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada semua urusetia yang terdiri daripada pelajar2 PJE IKM Kuching yang telah sudi menjadi chef dan membantu saya dalam menggerakkan aktiviti yaang telah dirancang....

No comments: