Buku terbesar mengenai alam terbentang luas di hadapan mata kita... dan ia tertulis dalam bahasa matematik - Galileo

Friday, November 18, 2011

Kisah Anak dan Ayah

Salam,
Kisah ini dipetik dari rancangan Solehah TV Al-Hijrah.

Seorang ayah membawa anaknya berjalan dan berjumpa dengan sebuah keluarga yang sangat miskin, lalu si ayah bertanya kepada si anak.
"Apa yang dapat kamu pelajari apabila melihat keluarga miskin itu"
Jawab si anak "sangat banyak ayah "

1. Kini aku sedar bahawa kita hanya mempunyai seekor anjing, tetapi mereka mempunyai 4 ekor anjing untuk berburu.
2.Aku melihat kita mempunyai kolam renang yang begitu besar dihalaman tetapi mereka mempunyai perigi yang tak terjangkau dalamnya,
3.Kita mempunyai lampu yang begitu mahal untuk menerangi halaman sedangkan mereka mempunyai beribu bintang dilangit untuk menerangi mereka.
4.Kita mempunyai halaman yang begitu luas tatapi mereka mempunya halaman seluas mata memandang.
5. Kita sentiasa membeli makanan sedangkan mereka memtik makanan mereka sendiri.
6.Kita mempunyai pagar yang tinggi untuk menjaga segala kekayaan kita sedangkan mereka mempuyai sahabat handai yang sentiasa melindungi mereka.
7.Kita mempunyai pembantu yang sentiasa melayan kita sedangkan mereka sentiasa memberi layanan kepada orang lain.


" Terima kasih ayah kerana telah menyedarkan aku betapa miskinnya kita"

Begitu hebat cerita yang disampaikan. Renungkan sejenak pada kehidupan. Begitu besar pemikiran seorang anak muda sehingga tak terjangkau pada pemikiran seorang ayah.Mampukah kita melahirkan lebih ramai pemikir-pemikir hebat pada masa akan datang.

Jadilah seorang yang sentiasa bersyukur, kerana syukur itu menjadikan jiwa kita sentiasa lapang, syukur membutirkan senyuman dibibir ,syukur menjadikan kita dermawan.Ia menjadikan hati kita sentiasa bersujud.

No comments: