Buku terbesar mengenai alam terbentang luas di hadapan mata kita... dan ia tertulis dalam bahasa matematik - Galileo

Thursday, January 6, 2011

Susahke belajar math?

Salam buat semua,

Susahke belajar math? persoalan yang selalu menjadi tanda tanya.
Ada yang melihat matematik itu sesuatu ilmu yang cantik dan menarik.Ilmu yang semakin didalami semakin tertarik untuk terus didekati. Tapi bukan semua merasakan bahawa matematik itu indah. kebolehan untuk menguasai ilmu matematik memerlukan seseorang itu berfikir secara kreatif dan kritis.

Saya selalu mengandaikan bahawa matematik itu umpama lukisan yang indah, bergantung pada kita yang ingin mewarnakannya. Mungkin pelik, tapi itulah indahnya matematik. Meraka yang mengatakan matematik itu susah selalu melihat matematik sebagai sesuatu yang rigit, sedangkan ilmu matematik itu tidak sekomplek yang disangkakan. satu persolan matematik boleh diselesaikan dengan pelbagai cara,ia bergantung kepada siapa kita dan bagaimana kita ingin menyelesaikannya. Ada sesetengah orang boleh menyelesaikan permasalahan matematik hanya dengan beberapa langkah sahaja, tetapi ada orang yang perlu menyelesaikannya dengan cara yang begitu panjang dan komplek.

Matematik akan lebih mudah sekiranya kita sentisa merasakan bahawa matematik itu begitu dekat dengan kehidupan kita.Islam juga begitu menitik beratkan ilmu matematik. Penentuan arah kiblat , penentuan waktu solat, penetapan tarikh puasa dan hari raya, semuanya bergantung kepada ilmu matemati.Indahkan ilmu matematik. 24434 . itu juga matematik.

Sedar atau tidak kita telah dididik dengan ilmu matematik sejak kita di dalam rahim ibu.setiap hari ibu menghitung bulan dan hari menunggu kelahiran seorang anak penyeri keluarga. Sedarlah semua bahawa kita adalah ahli matematik yang paling hebat, sejak dari kecil kita telah menyukat berapa auns susu yang perlu kita minum, bila kita perlu menangis, bila kita perlu tidur dan terjaga. hebatnya ciptaan Allah.

Manusia tidak terus berlari untuk berjalan, tapi perlu jatuh dan merasa sakit untuk merasa nikmatnya berjalan. Manusia tidak terus pandai bercakap sekiranya tidak tahu menangis. Manusia tidak terus pandai menulis sekiranya tidak pernah menconteng untuk belajar memegang pencil. Manusia tidak akan terus menjadi pandai sekiranya tidak berusaha untuk menjadi pandai. Sentiasalah berusaha. Semoga matematik terus dekat di hati kita semua.

No comments: