Buku terbesar mengenai alam terbentang luas di hadapan mata kita... dan ia tertulis dalam bahasa matematik - Galileo

Wednesday, November 17, 2010

Algebra - Al-Khawarizmi

Salam,



Kepentingan ilmu matematik tidak terbatas kepada teknologi moden sahaja, bahkan Al-Quran sendiri mengandungi ilmu matematik yang indah.

Penekanan terhadap ilmu amat jelas berpandukan beberapa potongan ayat Al-quran
"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah menciptakanmu."(surah al-'Alaq,ayat:1)
"Apakah sama orang-orang yang berilmu dan orang-orang yang tidak berilmu?."(surah az-Zumar,ayat:9).

Dunia islam juga telah melahirkan ramai tokoh-tokoh matematik moden antaranya Al-Khawarizmi (Algebra), Omar Khayyam (algebra) ,Al-Biruni(astronomi,dan math), Al ABAttani (trigonometri) dan Al-khazin (astronomi).Jom jelajahi dunia tokoh matematik islam.


Al-Khawarizmi (750-850)


Nama : Muhammad Ibn Musa Al-Khawarizmi

Gelaran : Bapa algebra (pengasas ilmu algebra), Algorizm (ilmuan barat) , Al Khawarizmi (bersempena tempat kelahiran beliau di khawarizm)

Buku : Hisab Al-Jabr wal Mugabalah dan Algebra.

Bidang : Matematik dan astronomi.

Sumbangan:
  1. Pengasas Algebra. Nama Algebra diperolehi daripada bukunya yang terkenal iaitu Al-Jabr wa-al Muqabilah.
  2. Menjelaskan dengan teliti kegunaan sifar
  3. Membangunkan sistem perpuluhan, sistem nombor angka dan algorithm
  4. Membangunkan beberapa prosedur kira-kira termasuk operasi pecahan.
  5. Membangunkan secara terperinci bidang trigonometri iaitu ilmu matematik mengenai sudut dan sempadan segitiga yang mengandungi fungsi sine.
  6. Menyempurnakan teori geometri yang mewakili muka keratan kon dan membangunkan kalkulus yang mana membantunya menguasai konsep perbezaan.
  7. Beliau juga dilaporkan bekerjasama dalam pengukuran darjah di bawah perintah Mamun al-Rashid yang bertujuan mengukur isipadu dan lilitan bumi.
  8. Pembangunan ilmu kaji bintang atau ilmu falak - beliau turut menulis buku mengenainya.
  9. Beliau tidak hanya menyemak pandangan Patolemy mengenai geografi tetapi juga membetulkannya termasuk dalam melakar peta dunia.
  10. Pada kurun ke-12, Gerard of Cremona dan Roberts of Chester telah menterjemahkan buku algebra Al-Khawarizmi ke dalam bahasa Latin. Terjemahan ini digunakan di seluruh dunia sehinggalah kurun ke-16
rujukan :http://www-groups.dcs.st-andrews.ac.uk/~history/Biographies/Al-Khwarizmi.html

Algebra- No. Rahsia (siri 4)

salam,

1. Pilih satu no. rahsia (cth: 43)
2. Tambah dengan no selepas no. tersebut ( 43 + 44 = 87)
3. tambah pula dengan 7
4. last sekali bahagi dengan 2.

note: untuk mengetahui no rahsia yang telah dipilih tolak jawapan akhir dengan 4.
Selamat mencuba.....Matematik adalah ilmu yang xpernah membosankan.

Tuesday, November 16, 2010

Algebra-Nombor Rahsia (siri 3)

Salam,

Semakin kita mendalami ilmu, semakin kita terasa kerdil di hadapan-Nya..

step by step:-

1. Pilih 2 nombor rahsia 1 digit (cth 3 dan 7)
2. Darab no. pertama dengan 5 (3 x5=15)
3. Tambah jawapan tersebut dengan 3 (15 +3 =18)
4.Kemudian darad dengan 2 (18 x 2 = 36)
5.tambah dengan no kedua (36 +7= 43)
6. Seperti biasa minta rakan anda beri jawapan terakhir.

note: untuk mengetahui no. rahsia yang dipilih tolak jawapan terakhir yang diberi dengan 6 (43-6=37). 2 no yang telah dipilih adalah 3 dan 7.

selamat mencuba