Jagung dan gajus
Jadilah seperti jagung membalut bijinya yang banyak dengan kemas sedangkan gajus memaparkan bijinya yang satu
Pisang
Jadilah seperti pohon pisang yang hanya berbuah sekali seumur hidupnya.
Durian dan Kedondong
Jadilah seperti durian, di luar berduri isi didalam lembut dan manis sedangkan kedondong lembut dan cantik isinya tetapi mempunyai biji yang kasar dan tajam.
Ubi dan sengkuang
Jadilah seperti ubi dan sengkuang, hidup didalam tanah dan selut tapi isinya tetap putih bersih
Petai dan rambutan.
Jadilah seperti petai yang membahagikan makanan sama rata pada biji-bijinya.bukan seperti rambutan, hasil dari tangkai yang sama tetapi mempunyai saiz yang berbeza.
Cili
Jadilah seperti cili , semakin tua semakin pedas
Manggis.
Jadilah seperti manggis, jumlah isinya boleh diteka dengan melihat tampuknya sahaja.
hitam kulitnya, putih bersih isinya.
No comments:
Post a Comment