Salam,
Sebagai seorang warga pendidik yang ingin mempelbagaikan kaedah pengajaran, jom cuba cara ini.
Dengan kaedah ini kita boleh meneka nombor yang pelajar pilih.
step by step :-
1.Minta pelajar pilih apa-apa no 2 digit(no. ini adalah no rahsia). Cth: (23)
2.Kemudian darap no tersebut dengan 2. (23x2=46)
3.Tambah dengan 9. (46+9 =55)
4.Tambah dengan no pertama yang anda pilih (55+23=78)
5.Kemudian bahagi dengan 3 (78/3 =26)
6.last sekali tambah dengan 3 (26+3=29)
-selepas pelajar selesai kira minta mana2 pelajar bagi tahu jawapan terakhir yang dia dapat.
kalau ikut contoh di atas jawapan yang pelajar beri adalah 29.
-Untuk mengetahui no. pertama yang pelajar pilih, tolak jawapan yang pelajar beri dengan 6
29-6= 23 (so, itulah no. pertama yang pelajar pilih)
note: ini bukan magic tapi satu olahan algebra yang unik. cuba gunakan kepandaian algebra yang anda ada untuk mengatahui bagaimana saya boleh mendapatkan no. rahsia yang dipilih oleh pelajar hanya dengan menolakkan jawapan pelajar dengan 6.
No comments:
Post a Comment