Buku terbesar mengenai alam terbentang luas di hadapan mata kita... dan ia tertulis dalam bahasa matematik - Galileo

Saturday, December 21, 2013

Kebenaran tak perlu dinyatakan kerana ia akan berbicara sendiri



Sabar itu kadangkala menyakitkan tapi hasilnya sangat melegakan......Kebenaran itu kadang kala tak perlu dinyatakan kerana kebenaran bagi orang sabar akan berbicara sendiri.....

Selama meniti usia kehidupan yang penuh mencabar dan berliku , inilah pertama kali bertemu dengan seorang kawan yang sangat menguji kesabaran....tapi walaubagaimanapun dia...dia tetap seorangg kawan..seorang manusia yang sentiasa lalai dan melakukan hilaf.....Ya Allah berikanlah kepadanya cahaya petunjuk agar dia dapat melihat kebenaran dijalanMu..Ya Allah berikanlah kekuatan untuk kami , lembutkanlah hati kami untuk memaafkan dia suatu hari nanti..

Dia seorang kawan yang menguji kesabaran..bongkak..angkuh...ingatlah walau setinggi mana tahap kita..kita semua tetap bersaudara...walau siapa pun kita...kita tetap bermula dari seorang insan yang tak pernah tahu mengira dan membaca...Apabila berjaya inagtlah di mana kita bermula...siapa yang pernah memimpin tangan kita untuk berjaya...siapa yang berada di belakang kita tatkala kita menderita..siapa yang menenagkan kita tatkala berduka..

"Aku mampu hidup sendiri..tak perlukan sesiapa..yang aku perlu hanya keluarga"......sakit hati bila teringat ungkapan yang begitu menusuk kalbu...Tatkala kita jauh dari keluarga...ingatlah bahawa rakan-rakan orang yang paling dekat dengan kita....persaudaraan itu xkenal sesiapa...keluarga yang jauh tak mungkin dapat bersama dengan segera.....jagalah nilai persahabatan dengan sebaiknya..kerana mereka itu saudara kita. 5 tahun hidup di perantauan..rakan-rakanlah keluarga...tatkala ada rakan-rakan yang berjauhan dengan suami disebabkan komitmen kerja.kamilah pendokong setia...pemberi semangat..pelawat setia..untie2 bagi anak-anak mereka...anak kepada ibu ayah mereka.....tak pernah terlintas di hati semua itu menyusahkan atau beban bagi kami..kerana kami tahu nilai persahabatan tak mungkin dapat dibeli......tapi bila ada insan-insan yang bongkak seperti ini.....hati hanya mampu beristigfar panjang...

"Akak x nampak apa-apa..akak tak nampak awak semua" ..tatkala musibah menimpa dirinya..kami hilangkan semua rasa marah..rendahkan hati melawat orang yang sedang diuji Ilahi...Tangisan simpati mengalir tatkala melihat dirinya..Tatkala dia memohon kemaafan..semua orang terus memaafkan tanpa memikirkan sengketa lama...Bersyukur rasa hati..dia telah sedar akhirnya..melihat nilai persahabatan itu tinggi nilainya.....Panas yang diharap rupanya hujan ditengah hari...keinsafan yang diharapkan rupanya hanya lakonan semata-mata...Ya Allah berikanlah dia kesedaran atas dugaanMu kepadanya...Kebaikan yang ditabur..tetap dibalas tuba...Tapi hati manusia...tetap simpati...melihat insan yang sedang diuji Ilahi..walau kebaikan dibalas kejahatan.Keikhlasan membantu tetap mengatasi nilai kemarahan.Biarlah kemarahannya memuncak tinggi kerana dia sedang diuji Ilahi..Mungkin ujian Ilahi membuatkan amarahnya memuncak tinggi..Allah bukan sahaja sedang manguji dia..tapi kami agar terus bersabar..

Kebenaran itu pasti terbongkar akhirnya..sandiwara manusia tak sehebat percaturan Allah.Larilah kemana sahaja, sembunyilah di gua manapun, berselindunglah walau di balik gunung yang tinggi...kebenaran itu akan berbicara sendiri.kerana kebenaran tak mampu menyembunyikan diri.kerana dia hamba yang sentiasa mentaati...Dia kata tak mampu melihat dunia...telah ditarik oleh Allah nikmatnya yang paling hebat....tapi sebenarnya..itu semua lakonan semata-mata....lakonan yang hebat..lakonan yang mampu meruntun jiwa insan-insan yang penuh nilai kasih sayang...lakonan yang mampu mencairkan jiwa..hebatnya dia mempermainkan jiwa rakan-rakan yang bersimpati padanya...satu-satu kebenaran terbongkar kerana kebenaran pasti berbicara...maki hamun dilemparkan melalui SMS kepada rakan-rakan yang pernah membantu....ingatlah..jika Allah ingin menunjukkan sesuatu kita tidak perlu menunggu lama.katanya buta tapi SMS panjang berjela....pelik ..tapi itu kebenaran..katanya buta tapi boleh memandu kereta...peliknya manusia.

Tatkala diberi segala nikmat...tapi kenapa nikmat Allah itu dinafikan hanya kerana inginkan perhatiaan.Jika benar Allah menarik nikmat itu...tiada lagi rakan-rakan yang akan bersimpati..kerana mungkin kami merasa ia adalah sandiwara lagi .Tiada siapa yang akan membenci jika kita mempunyai hati yang suci..tiada siapa yang akan menghina kiranya kita sentiasa menjaga hati .tiada siapa yang akan lagi jika kita sentiasa menjaga pekerti......

Insaflah walau sahabat..semoga satu hari nanti kau akan bertemu rakan-rakan yang lebih baik dari kami..tak perlu malu atas onar yang telah kau lakukan pada kami....hulurkan kata-kata maaf pada kami...pasti satu hari nanti kami akan memaafkan kerana kami rakan-rakan yang masih punya hati.Semoga satu hari nanti kau akan mengetahui bahawa bahawa kasih sayang kami tak pernah bertepi..mohonlah keampunan kepadaNya kerana kau telah menafikan satu nikmatNya yang paling berharga iaitu penglihatan..Menipu itu manis tapi kesanya kekal lama dan berbisa..Cukuplah atas segala penipuan yang telah kau lakukan..kami tak sanggup melihat penipuan yang terus kau lakukan...Hati kami memang keras..kerana kami sakit melihat engkau terus menipu..tapi percayalah kami rakan-rakanmu sentiasa memdoakan kesejahteraan dan kebahagian semua rakan-rakan disekeliling kami...

1 comment:

Kak su said...

Terbaik faizah!