Buku terbesar mengenai alam terbentang luas di hadapan mata kita... dan ia tertulis dalam bahasa matematik - Galileo

Sunday, February 5, 2012

Sultan Muhammad Al-Fatih Penakluk Constantinople


Daripada Abdullah bin Basyir, 'Aku Mendengar Rasulullah saw bersabda' : "Nescaya Kota Konstantinopal (Istanbul) akan dibuka, dibebaskan oleh Islam. Dimana sebaik Pemimpin adalah sebaik-baik pemimpin yang menawannya, dan sebaik tentera adalah sebaik-baik tentera yang menawannya. "

(Hadis Riwayat Al-Hakim)

Sultan Muhammad Al-Fatih...penakluk Constantinople (March 30, 1432 – May 3, 1481)

Sesungguhnya apa yang disampaikan oleh Rasullah itu benar, bagindalah rasul akhir zaman, yang sentiasa benar akan pertuturannya.

Sultan Muhammad Al-Fatih, seorang pemimpin muda yang hebat dan berkelibar. Beliau bukan sahaja hebat dalam ilmu peperangan malah hebat dari segi akhlak malah amalannya. Seseorang yang hebat tapi beliau lebih dikasihi Allah, Beliau mangkat pada usia 49 tahun setelah lebih kurang 30 tahun memerintah.

Mampukah kita melahirkan lebih ramai Al-fateh seorang yang tidak pernah minggalkan solat fardu, solat rawatib dan solat tahjud sejak beliau baligh lagi. Seorang pemimpin yang begitu hebat dan tinggi takwanya kepada Allah. Tentera islam yang begitu tinggi munajadnya. Sekiranya ada seribu tentera dan pemimpin  seperti Al-fatih pasti bumi  Palastin takkan tersungkur tanpa erti merdeka, pasti mesir takkan bergolak, pasti negara-negara islam dipandang tinggi oleh barat.

Muhammad Al-Fatih, seorang pemimpin yang cerdas mindanya, menguasai 6 bahasa serta ilmu matematik,sains serta peperangan. Beliau ditabalkan menjadi raja pada usia 19 tahun dan berjaya menawan Constantinople pada usia 22 tahun. Adakah anak muda pada masa kini yang mampu menggantikan beliau, anak muda pada masa kini kadang kala lupa akan semangat kenegaraan, tidak punya jati diri untuk membela negara.Andai kata satu hari nanti,negara tercinta ini diserang atau peristiwa pad 1511 berulang kembali, adakah kita mampu membentuk tentera sehebat tentera Muhammad Al-fatih.

Muhammad Al-fatih merupakan seorang pemimpin yang sentiasa sabar, berani menegakkan islam, berusaha, serta sanggup berusaha bersama tenteranya membina benteng pertahanan. Kercerdasan beliau dalam bidang ketenteraan dan strategik terbukti dengan mengarahkan tentera membawa kapal untuk menuju ke pelabuhan tanduk emas melalui jalan darat. ia merupaka satu keputusan yang bukan mudah, tetapi beliau mampu melakukan dengan segala teknologi yang ada ada masa itu.

Muhammad Al-fatih, didikan yang sempurna pasti melahirkan seorang insan yang hebat dan terbilang, beliau adalah anak kepada raja Murad ke II, seoarang pemimpin yang bermatlamat tinggi dan tawadu'.Beliau dididik oleh Sheikh shamsuddin yang merupakan keturunan dari Saidina Abu Bakar Assidiq. Benarlah bahawa seorang guru yang hebat pasti dapat melahirkan seorang pelajar yang tidak kurang hebatnya. Mampukah aku mendidik pelajar-pelajar ku menjadi seorang pembela agama sebehat Al-Fatih.

Semoga Allah sentisa menjadikan aku seorang pendidik yang sentiasa tabah dalam mengharungi dugaan dan sentiasa melihat pada jalan Allah. Ya Allah berilah cahayamu kepada semua anak didikku agar lebih ramai Muhammad Al-fatih yang bakal lahir di bumi ini. Jangan jadikan mereka anak-anak yang kosong jiwanya.
















No comments: