Buku terbesar mengenai alam terbentang luas di hadapan mata kita... dan ia tertulis dalam bahasa matematik - Galileo

Wednesday, July 27, 2011

Konvo Poliku Ke-19



27 Julai 2011, Konvokesyen Politeknik Kuching yang ke 19.

Bertugas time konvo memang benda paling boring yang aku rasa.Lagi2 jadi Jk kecemasan ,semua pasal kecemasan kat poli bagi kat org JPAM aje . tapi xkisahlah dah tugas nak wat camne.Apa2 pun terima kasih kat bdk2 PISPA yang sentiasa tolong dalam meringankan keje2 aku.

Bila tengok student naik pentas teringat zaman belajar. Bestnye rasa, walaupun konvo tu xsampai 5 minit pun naik pentas, tapi nikmatnya tuhan sahaja yang tahu.Bertahun-tahun belajar segulung ijazah dan diploma tulah pengubat segala sengsara time belajar. Setiap kali dengar tepukkan gemuruh kat dewan, aku macam terbayang aku aku yang naik pentas.

Member2 semua dah berjaya dengan kerier masing2.Dah ada family, bilalah dapat rasa time belajor. Jumpa kawan2 lama.duduk dala kelas sama-sama, buat praktikal sama-sama. Rindunya masa belajar.

Teringat masa bulan rejab, time tu semua org puasa sunat, tapi haritu letih sangat, sebab kelas banyak, petang kena buat cerapan matahari. tapi semua geng aku xnak buka.Stay puasa n buka sama2. Seronoknye.

banyak kenangan x boleh nak lupa, prof muhamad ajar foto selalu bagi telinga gajah klu salah buat calculation, Tn haji yang sporting, prof faridah yang selalu naik angin (why monkey is purple) xboleh lupa time present projek karto.lecture law yang selalu bergaya....en, shahriman, Dr juazier yang selalu berpusing2 dlm kelas time ajar astronomi......semua nie buatkan aku rindu sangat zaman belajar

Semangat nak belajar tu ada, cuma belum ada kekuatan nak sambung je. Aku harap dapat sambung master and continue dengan PHD. Tuhan bagi aku kekuatan untuk smbung belajar, bukalah pintu hati mak aku utk bagi aku smbg belajar. Mak aku nie risau sanagt aku tak kawin lagi. Mak kata asyik belajo je......nak wat camne mak....anak mak niekan pendidik.

No comments: